Thursday, 22 December 2011

PerBEzAaN anTAra JiN IbLis dAN sYaITaN....


APAKAH perbezaan antara jin, iblis dan syaitan serta peranan makhluk itu dalam mengganggu dan menyesatkan umat manusia. Apakah benar ia dapat dilihat dalam jelmaan tertentu. Apakah hukum mereka yang ingkar akan kewujudannya dengan alasan ia tidak dapat dilihat. KETIGA-TIGA makhluk ini ciptaan Allah SWT yang berurusan untuk mengganggu serta menyesatkan manusia. Ia dicipta daripada api seperti termaktub dalam al-Quran melalui firman bermaksud: “Dan Dia menciptakan jin dari api.” (Surah ar-Rahman, ayat 15).

Mereka diberi keizinan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat.” (Surah Sad, ayat 81).

Hakikatnya mereka berasal dari satu golongan kerana al-Quran juga menggunakan istilah jin, iblis dan syaitan. Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya pernah mentafsirkan jin dengan makna iblis. Al-Quran menjelaskan ia asalnya kelompok malaikat (mengikut setengah tafsiran) yang ingkar perintah Allah.

Kebanyakan ulama tafsir menyatakan iblis adalah bapa kepada semua jin dan syaitan. Ia juga terdiri daripada yang beriman dan kafir. Ia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar manusia. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya dia (syaitan) dan kuncunya dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf, ayat 27).

Ada pendapat mengatakan iblis dan syaitan berasal daripada golongan jin yang ingkar perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Dikatakan bahawa Jin Afrit adalah yang paling aktif dan cerdik seperti sejarah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis dari Yaman.

Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai.” (Hadis riwayat Hakim dengan sanad sahih).

Hadis daripada Aishah diriwayatkan Muslim, mengatakan anjing hitam adalah jelmaan syaitan. Begitu juga kucing dan keldai hitam kerana warna hitam adalah himpunan kekuatan bagi syaitan dan tenaga tambahan bagi mereka.
Tetapi bukan bermakna semua anjing, kucing dan kaldai hitam adalah syaitan kerana maksud ungkapan Rasulullah adalah gambaran kepada warna yang buruk dan kurang faedahnya bagi binatang itu. (Dr Abd Wahab Abd Ati Abdullah � Rektor Universiti Al-Azhar).

Antara peranan jahat syaitan ialah:
Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu.” (Surah Al-Maidah, ayat 91).

Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan.”

Tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: “Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak.” (Ibnu Jauzi).

Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari).

Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud: “Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 60).

Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 169).

Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah maka syaitan adalah teman yang selalu bersamanya.” (Surah Az-Zukhruf, ayat 36).

Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah bermaksud: “Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat.” (Surah Al-Haj, ayat 3).

Justeru, sesiapa yang ingkar mengenai kewujudan jin dan keturunannya adalah kafir kerana menolak apa yang terdapat dalam al-Quran daripada nas yang jelas. Ada pendapat mengatakan iblis dan syaitan berasal daripada golongan jin yang ingkar perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Dikatakan bahawa Jin Afrit adalah yang paling aktif dan cerdik seperti sejarah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis dari Yaman.

Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai.” (Hadis riwayat Hakim dengan sanad sahih).

Hadis daripada Aishah diriwayatkan Muslim, mengatakan anjing hitam adalah jelmaan syaitan. Begitu juga kucing dan keldai hitam kerana warna hitam adalah himpunan kekuatan bagi syaitan dan tenaga tambahan bagi mereka.
Tetapi bukan bermakna semua anjing, kucing dan kaldai hitam adalah syaitan kerana maksud ungkapan Rasulullah adalah gambaran kepada warna yang buruk dan kurang faedahnya bagi binatang itu. (Dr Abd Wahab Abd Ati Abdullah � Rektor Universiti Al-Azhar).

Antara peranan jahat syaitan ialah:
Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu.” (Surah Al-Maidah, ayat 91).

Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan.”

Tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: “Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak.” (Ibnu Jauzi).

Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari).

Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud: “Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 60).

Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 169).

Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah maka syaitan adalah teman yang selalu bersamanya.” (Surah Az-Zukhruf, ayat 36).

Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah bermaksud: “Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat.” (Surah Al-Haj, ayat 3).

Justeru, sesiapa yang ingkar mengenai kewujudan jin dan keturunannya adalah kafir kerana menolak apa yang terdapat dalam al-Quran daripada nas yang jelas. 


Thursday, 15 December 2011

sEKAdaR CeriTA LamA...

sangat susah bila kita perlu menjaga beberapa hati..nak2 lagi kalau mereka itu kawan baik...rapat lagi..dah macam adik beradik mereka itu...kita hanya mampu menjadi orang tengah yang mendengar saja tak boleh nak salah kan satu sama lain..tapi apa boleh buat kita ni hanya manusia yang kadang kadang bercakap x fikir pe akan jadi lepas itu lak..nak x nak kita hanya boleh cofer kan mereka jika tidak perpecahan akan berlaku pada kita saja..bukan senang nak jadi kawan yang perlu menjaga dua hati...ni kerana mereka kawan baik...jangan di sebab kan kita mereka bergaduh atau tak bertegur sapa lagi..berdosa besar lah kita jika itu yang berlaku dan tidak kita cegah..biar apa orang nak salah kan kita asal kan apa yang kita buat di pikir kan ianya betul..tapi untuk memendam sesuatu tak lah senang..ya memang kita boleh menipu kesedihan hati...ya memang hanya tuhan dan diri kita sahaja yang tau apa dalam hati kita..bertahun tahun perlu kita pendam apa yang terbuku dalam hati kita..tak mampu nak bercerita pada orang lain..bagi aku apa yang ada dalam hati aku tak perlu untuk aku menceritakan pada orang lain jika bila aku menceritakan ianya akan membuat kan orang lain berbalah...aku tak suka itu semua..aku paling benci pada perbalahan..kadang kadang kita perlu diam tak perlu nak berkata selagi ia perlu..biar lah benda ni menjadi rahsia aku dan DIA sahaja...orang lain tak perlu..selagi aku mampu untuk senyum ketawa bersama sama kawan kawan dan keluarga atau penghibur hati aku..biar kan rahsia..biar aku sendiri yang tanggung semua ini..kadang aku senffiri dah tak tahan aku cuba lari dari masalah cuba bagi alasan untuk elak dari apa yang dalam hati aku ini di ketahui orang lain...lebih lagi keluarga aku atau kekasih hati aku..aku tak nak mereka tahu keadaan aku yang sebenar nya..tak perlu itu semua untuk mereka..aku dah cuba untuk melupa kan kesakitan hati aku ni...aku hanya mampu bersabar dan ber diam diri...aku selalu pegang kata kata ini.."diam itu lebih baik dari berkata kata" jika kita bercakap kita sendiri kita dah buat satu hati terluka..aku tak mahu orang lain terluka hati mereka...aku tak suka melihat mereka bersedih...bersedih kerana kata kata..setiap kata kata yang kita luah kan perlu kita berfikir panjang sebelum kata apa apa...jika tidak perkara buruk akan jadi,...kalau boleh kita menangis kita menangi...jangan orang lain yang menagis sebab kita...cukup lah dulu aku dah buat mak aku menangis dengan peranai jahat aku dulu...aku dulu bodoh..buat mak aku menagis dengan perangai aku...aku dah berjanji biar aku menangis jangan orang lain menagis kerana aku...bila aku lihat air mata mak aku mengalir di sebab kan aku..aku tak mampu menahan..betul orang kata..air mata ibu itu berharganilai nya...tapi setiap titisan air mata mak mengalir di sebab kan anak nya tak bau syurga lah anak itu..melain kan mak nya memaaf kan..aku harap mak aku maaf kan aku...segala kesalahan aku dulu...biar orang kata aku anak manja ke kuat menangis ke apa...yang penting aku tak akan sakit kan hati mak ayah aku..biar aku menjadi sombong..biar aku hilang kawan...aku masih ada lagi mak ayah aku sebagai kawan..aku lah penghibur hati mereka..masa aku kecil mereka yang menjadi penghibur hati aku...jika aku ada masalah atau hati aku bersedih dengan dunia aku..mak ayah aku lah menjadi pengubat duka aku..hem memang itu yang selalu aku lakukan bila hati aku dalam kesedihan..selain mak ayah aku..kekasih aku juga membuat kan aku ketawa bila aku sedih...mereka tak tahu lebih baik dari tahu...aku sekarang rasa lebih lega lepas luah ape yang ada dalam hati aku..tapi tak semua..aku rasa itu tak perlu...buat masa ini aku jauh dari rumah tak dapat jumpa mak ayah..sini jadi tempat aku mencari diri aku...diri aku yang dulu dah lama aku padam dalam hidup aku..aku dah lupa sapa aku dulu..aku dah tak mahu jadi seperti aku yang dulu...aku berubah..aku nak kehidupan yang baru..dah tak ada apa apa dah perlu aku kata kan..blog ni just untuk aku luah kan saja...aku bukan nak cari simpati sapa sapa...aku tak perlu simpati orang..aku sendiri boleh simpati dengan diri aku sendiri...cukup lah aku mengarut dalam ini..hanya untuk kelegaan..ingat..kita tak perlu menyuruh orang untuk menjaga hati dan perasaan kita tapi kita yang perlu menjaga perasaan kawan kawan kita dulu...kawan ketawa memang ramai kita jumpa..tapi yang betul betul boleh ketawa hibur kan hati kita bila berduka hanya mak ayah dan ALLAH..
WASALAM...

Thursday, 8 December 2011

GElak KetAWa DalAM IsLAm....

YOOO......salam bertemu smula kita...ahahahaha mcm nk buat rangcangan tv je ar aku nie...hahaha so entry yang lepas aku ade cerita pasal gelak...hahaha banyak gak faedah gelak nie rupanya...kan...tapi...ha ada tapi nya...jangan lak korang nie nak gelak lebih-lebih karang ade benda lain lak jadi nanti...kang x pasal penuh lak hospital jiwa kat malaysia nie...hahaha...
ORAIT...kali nie aku ade terjumpa prihal gelak ketawa mengikut islam...WHO ISLAM YOU ARE ALLOW TO READ THING AND GET UNDERSTAND...jangan nak main gelak je lak...yang mana baik kita amalkan yang x baek kita jadikan sempadan sekolah...hahaha
ORAIT kat bawah nie ade lah sikit text pasal ketawa mengikut islam yang aku copy dari internet...so korang bace lah...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !" Riwayat Abu Daud.

Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat- buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang Muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata yang sepatutnya.

Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa. Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai’e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan. Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mematikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerunsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula. Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluangkan untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan. Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak-ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Muhasabah

Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat? Beruntunglah bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah mereka dalam kalangan mereka yang rugi. Cabaran untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua ini. Sekiranya lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan.

Sistem kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (9 pagi sehingga 5 petang). Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan menonton televisyen.

Namun, sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang melebihkan unsur hiburan, lagu sahaja. Jika ada acara-acara tv yang bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad. Atau, dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini.. Iaitu program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80 peratus, dan selebihnya yang berjumlah 20 peratus lagi diperuntukkan kepada program-program yang bersifat keagamaan. Ditinjau dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah s.a.w, Saidina Ali k.w dan Hasan al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan banyak waktunya yang berkualiti. Iaitu, biarlah mereka lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah program-program yang bersifat santai sahaja.

***text ni di petik dari laman internet...yang boleh di percayai....sekian

Wednesday, 7 December 2011

KalU BeRANi mOH lah KiTE GElak KETawA......

hahahahaha ketawa je......
Mampukah korang senyum atau ketawa walaupun korang ngah kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Kalu korang mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap korang ni 'tak siuman'. sedih tentu
saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan sedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba korang ingat antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali korang semue dapat melihat perbezaan.(wah ayat semacam lah). Wajah yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar. Bak kate mak aku awet mude lah kate kan...hahaha


Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Contoh nye saye..hahaha saje nk promote diri ini...hahahaha

Cuba korang perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan korang berada dalam keadaan demikian dan selepas itu korang perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup. weh kawan jangan putus asa lah..

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

Ha so entry kali nie saye ade terjumpe 15 fakta menarik kat dalam internet pasal ketawa nie...so same2 lah kita hayati nye...ORAIT!!!!!

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Hello geng jangan lak korang lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006

so for next entry kate bincang pasal ketawa dalam islam lak ok???ORAIT!!!!!
cau WASALAM....

Tuesday, 6 December 2011

KORANG TAU PE TU GADANG???

haha kali nie patik nk kongsi ilmu pasal GADANG..hahaha mesti korang x tau kn...kalu x tau korang tamye uncle google pe bnde tuh...hahaha tp bukan rumah tau...xpe2 korang xpayah nk penatkan jari korang nak taip tanye uncle google pe bnde tuh GADANG..let setori...hahaha..dari gadang korang boleh dapat satu teladan dari pe yang aku dengar dari seorang cikgu aku punye cerita same2 kita jadi kan teladan...yang baek korang ambek lah sebagai pengajaran yang x baek jadikan sempadan siam...ORAIT!!!!

GADANG / NYIRU

Gadang merupakan satu alat yang di gunakan sebagai penentu agar tidak mengasingkan dan tidak memisahkan. Ini boleh di buktikan bila padi ditumbuk samada dengan menggunakan lesung atau di mesin. Secara langsung atau tidak langsung, bila ditampi dengan gadang atau nyiru Ianya akan terjadi kepada lima bahagian. Ianya adalah padi, beras, antah, melukut dan sekam.
Pendekatan ini memberi maksud bangsa melayu sekarang sudah cukup meruncingkan. Apakah kita mahu jadi seperti sekam yang jatuh ketanah? Atau melukut? Atau antah? Atau beras atau padi?
Kesemua ini mempunyai maksud yang tersendiri sebagai gambaran yang menyentuh tentang kehebatan dan kelemahan orang-orang melayu.
1. Sekam- Bagai api dalam sekam
2. Melukut- Bagai melukut di tepi gantang (gadang)
3. Antah- Bagai antah dalam beras (padi)
4. Beras- menghabiskan boras ajo(bidalan orang Negeri Sembilan)
5. Padi banyak pengertiannya, antaranya:
         I. Jadilah segenggam padi
         II. Seumpama seraub padi
         III. Segempal/secekaka padi
         IV. Padi secupak tidak akan menjadi segantang
         V. Makin tunduk makin berisi
         VI. Harapkan pagar, pagar makan padi
Cuba kita perincikan pada 5.(IV), kalau beras pasi tidak akan jadi segantang. Tetapi bila padi, kita jadikan benih semai dan ditanam hingga mempunyai hasil. Maka hasilnya bukan lagi segantang, Ianya akan menjadi berbakul-bakul.
Begitu jugalah “Harapkan pagar, pagar makan padi” satu-satunya bidalan atau peribahasa yang sanyat ditakuti bila pemegang amanah tidak melakukan tugas dan peranan yang akhirnya mengakibatkan keaiban hingga menjejaskan kedudukan individu atau pemimpin samada dalam sebuah keluarga, Masyarakat dan sebagainya. Tidak mengira samada berbangsa melayu, cina, india dan lain-lain kaum.
Kalau mahu menjadi padi, hendaklah menjadi dalam bilangan I,II,II dan V. bilamana hendak menjadi beras pastikan antah di buang sebelum dimasak. Andai antah jadi pilihan, pastikan kulit dibuang. Melukut jangan  sesekali dipilih. Sekam pula jauh langit dan bumi.
Ingatkan kembali akan kata “Hang Tuah-Tidakkan melayu hilang di dunia”. Maka disokong mantan PM ke empat Tun Dr. Mahathir Mohamad “Melayu mudah lupa”. Tuah dan mantan PM tidak pernah mengupas akan kata-kata mereka. Kitalah yang perlu mencari sendiri kemana arah tujunya Malaysia berbangsa melayu.
Maka “GADANG” itulah sebagai penentunya. Kenalilah “GADANG” wahai manusia. Gadang itu seumpama KERAJAAN. Kerajaan itu melayunya. Melayu itu sebagai terasnya. Melayu seumpama segempal padi. Makin tunduk kisn berisi. Jangan hanya menghabiskan beras. Sifat antah mesti di banteras agar tidak seperti melukut di tepi gantang. Akhirnya dendam membara. Bagai api dalam sekam.
Marilah sama-sama kita imbau keazaman silam, bagaimana penat lelah pejuangan dahulu memindah tanah melayu kepada Malaya kemudian bertukar nama kepada Malaysia. Sama-samalah kita tarik nafas dan menghela nafas. Masing-masing berbau apa?
FIKIR-FIKIRKAN LAH!!!!!

wah ini lah satu permulaan yang baru....


yooo...ni lah satu permulaan untuk aku....bkn permulaan lah sgat kn...dulu ade gak blog..tapi ape kenasib aku...lupe lak die nye email n pasword...ni lah masalah kalu lame sgt x meng online ni...hahaha...bkn sibuk tapi aku kurang minat nk mengonline...blog nie pn xtau lah bape lame leh aku on...kalu dah lupe t so baye2 lah...hahaha...tp aku dah tulis smua yg berkaitan dalm buku catitan aku...moge2 x ilang and x lupe lak...blog ni aku buat xtau untuk ape...aku rase nk..nak...nak jadi kn blog nie tmpat pe yg terlintas kt kepale otak aku nie...hahaha kalu ade ilmu yg boleh kongsi same same lah kite kongsi tok kemajuan kite same...ok???
hahahaha kelakar lak aku rase...ni msti dah aku x tau nak ngarut pe dalam post nie...hahahaha
so kepada yg nk share something so jgn malu segan bgtau lah aku,...orait!!!!!! hahaha...
SO untuk permulaan ni aku nk kenal kn diri aku sape....sekarg aku nie salah seorg student kat UiTM PAHANG dalam jurusan SAINS KOMPUTER..hahaha nk kate aku minat komputer minat lah gak...hahaha tapi aku kurang terdedah ngan teknologi ni mase aku kecik,,,,
Nama aku Zahir...age 20...baru nk start buat blog...lembat teknologi tol lah aku nie(bukan lambp tapi....tpi ade lah sebab nye weee)...asal dari pahang...who know BERA say ME!!!! hahaha
aku pn dah xtau nk ngarut pe lagi...so tgulah ble ag aku nk buat entry ag ble...so cau...hahahah
wasalam,,.,.,